Friday, 20 December 2013

Quick Post



Assalamualaikum.
ok . memang lama sangat dah tak menaip ni kan. aku tak tau la mana pegi nafsu nak menaip ni ha. rasa hidup ni penuh dengan kehambaran hakiki. WAKAKAKKA.

Padahal banyak je cerita nak share kt blog ni. pegi Singapore with Le Cuzzy, pi dinner korporat sana sini. tapi tu lah. tak kosser teman nak menaip nye haa.

Alhamdulillah, hidup sekarang ni takda la teratur sangat, but still it is better than before. hahaha... *serabut nk final exam teratur kepala hotak kau*

ok ok. cukup laa merepek meroyan meraban. back to the main topic yg ingin beta carutkan.
 Cuma nak post apa yg berlaku sekitar hujun tahun ni dgn korang. *lantak laa ada org ke tak nk tgok blog aku ni.KESSAHH?*

Cuci laa mata ye. kasi Bersihh punya. :)

OKTOBER:

Hangout gedik santai with cousins n rakan rakan.
okay laa, pi USS (wajib pegi kott), Bugis St. Merlion n apa lg ntah. aku lupa. wakakakakakaka
Mamak diorg tak best mcm kt Malaysia. Sorry wahai Singaporeans. Diorang punya cara lain pd customer pon masya-allah ya ampun.........mmg kena banyak sabar laa dgn orang2 kt sana,. Aku mintak Teh o ais limau , selepas 30minit, yg dtg ice lemon tea cap SEASON's dlm tin tu haa..

tapi, apa yang mmbanggakan, BANDAR DIORANG BERSIH GILAAAAAAAA.


no Caption



Im not a Pole Dancer.



Boyfriend gua mana? dah lama terpacak tggu ang tak mai2 lg ni




Far Far Away's Castle. *tolong abaikan org di belakang*




Saya dah. anda bila lagi?


NOVEMBER:

Ni pulak hobi masa lapang aku. take part on any volunteering event.Aku pon tk tau kenapa tetiba terjebak dgn keje keje mcm ni. 
this time nama dia "JB 10K Run" every year ada kott. sebab last year pon aku join event ni. heheheh..
Datang pukul 4 pagi, habis pukul 10 pagi. seronok bagi peserta larian minum air. Depan Country Garden pulak tu.. 




Tambah SERATUSSSSS





Yang ni Sarah. Kawan sekolah menengah. :)




      
Aku tak kenal pon diorang ni. Nampak mcm dah lama kenal.





Erkkkk.....O.o?

okay. tu je kot nak share. hee. mane tau korang rindu kt aku ke kan. hahah...

Mohon jasa baik ada semua agar doakan aku berjaya dalam Final Exam.. hehehe..
ni jadual.



 TERIMA KASIHHHHHHHHH!!


Monday, 8 July 2013

HAPPY BIRTHDAY to ME!






rasa mcm dah lama tak update blog. *takpe. baru tahap berhabuk.belum lagi tahap bersawang labah-labah tarantula.EH!*
sebenarnya,lepas final exam tu, aku pegi kem n ada event SUKMA XVI 2013,Kuala Lumpur. tapi yang tu, nanti lah aku cerita je.ekekekekeke..


masih ingat lagi tak korang pada post yang sebelum ni?  yang pasal aku kempunan cendol tu..Well, ayah aku dah belikan cendol sedap untuk aku. kebetulan masa tu baru je sampai JB (4 July)birthday aku hari tu. dan seperti yang di jangka. ayah aku memang tak ingat pon birthday aku hari tu.


"*ayah tgok jam* sekarang pkol 4pm.nak cendol?"
"NAK!"
"jom kita pegi tengok kat Kulai tu. Time-time macam ni dia ada dah."


haa kau! excited tau nk balas dendam kesumat terhadap cendol ni *ayat mohon jangan nak novel sangat*.
CENDOL TU ADA!!
terus beli 3bungkus.hahaha.. gila tak gila.

walaupun ayah tak ingat hari tu hari lahir aku,aku tk kisah sebab dia tunai kan hasrat aku nak makan cendol. :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

habis cerita pasal  cendol tu, ni cerita pasal birthday aku pulak. dah officially 21 tahun. dan sebagai permulaan, aku harus beli something utk diri sendiri.

last year dah beli jam tangan, this year, aku beli perfume.

perfume BodyShop pon belum lagi habis, dah menggatai beli perfume baru. 2 botol teros aku beli. haaa. 1 for men .1 for ME. *beli perfume jantan bajet macam ada boipren.puihhh..!*




Burberry Sport for Men. Beli sebab bau dia yang mengancam sanubari & packaging dia yang amat sungguh sangat handsome :3



dan, yang ni  NUR AISHAH YANG PUNYAAAAA!


Semoga dengan peningkatan umur, aku lebih berjaya mengharungi hari-hari yang mendatang. Aminn ya rab :)
*sembur minyak wangi baru. Keluar jenjalan*





Thursday, 13 June 2013

AYAH



woot woot..
macam dah lama je tak menaip. ye dakk?

memandangkan hari bapa is around the corner, aku nak share sikit lah story pasal aku dengan ayah aku. yee!  TRUE STORY okehh.! no tokok tambah or adaptasi dari novel terbitan karangkraf or what so ever. hahahah..

Cerita tentang aku, ayah dan cendol.
kenapa cendol? sebab cendol main peranan dalam cerita aku ni. bhahahaha...

petang tu aku decide nak balik UTM . harus lah ayah yang hantar kan..dalam perjalanan nak balik utm tu, tetiba je aku rasa macam nak makan cendol.i mean like, really TIBA-TIBA nya pon.


"ayah, cah nak makan cendol."
"cendol? kenapa tak bagitau tadi? dah kat sini baru nak cakap."
"tadi tak rasa nak makan cendol.sekarang baru rasa nak makan. boleh tak yah? dekat space (utm space) taman u tu ada kn?"


unfortunately, uncle jual cendol sedap tu takda. aku biasa makan kat situ dengan ayah aku, so aku tau lah cendol uncle tu memang sedap lagi padu. wahh. gitteww puji nye. hahaahah

habis seluruh taman u  tu aku dgn ayah pusing sebab nak cari cendol je. time aku nak lah, tokey2 cendol tutup kedai. STRESS lah mcmni. time aku taknak, kemain merata-rata warung cendol. haishhh..!

kami terus kan pencarian cendol ke taman sri pulai dan taman teratai.. hampa. habuk pon takde.. sampai tangki minyak habis.so, pegi lah isi minyak kejap. dalam kereta tu, ayah cakap

"Nak, macam takde rezeki kau ni. dah habis pusing ni takde."

aku senyap je. 1st, sebab terharu ayah aku gigih pusing 1 taman u + sri skudai +taman teratai + taman sri pulai  tu semata nak cari cendol sebab tak nak bagi anak dia kempunan. 2nd, sebab aku takut aku kempunan. but still, pujuk hati kata 'takpe, nanti boleh cari lain hari'.

"kalau cendol tak sedap tu boleh? rasa lah. nanti kempunan."
"ayah kata tak sedap, tak sedap tak payah lah.. nanti cah balik, cari lah lagi"
" nak exam kan? beli lah. nanti tak merasa"
"okay."

at last, beli lah cendol tak sedap tu..sebungkus. .*sebungkus je lah. sebab tak sedap*

" minum lah. kenapa tak minum."
"nanti beli cendol lain eh yah."
"nanti balik lah ayah beli lagi."

so, minum lah cendol tu. aku bagi ayah minum jugak. even though cendol tu tasteless, ayah minum smpai separuh. then, haruslah brain freeze.

sampai je blok, before aku turun kereta,


 "habis exam bila? nanti ayah beli cendol untuk kau"
"hari isnin.lepas zohor tu ayah datang lah . amek barang sekali. heeee"



balik bilik terus nangis sebab dapat makan cendol tu. tak tau kenapa. terharu sangat. terima kasih ayah sebab beli kan cendol tiba-tiba. cah mintak maaf sebab menyusahkan ayah. cah sayang ayah. :)






Saturday, 1 June 2013

Examination mood: TURN ON!






jadual exam. 5 PAPER uollsss *sigh*



i don't feel like wanna talk to anybody right now.
i really wanna be alone.
but still, there is somebody wont let me be alone.
YES!
those friends who really take a good care of me. they are the best.
i love u all.
please stay with me buddy.



dear EXAMS,
please be nice to me.

dear EXAMINERS,
please be nice to all of us.

dear BOOKS & NOTES,
please dissolves in our mind easily.

dear ALLAH
u know the best for us. Please help us. I'm begging u Ya Rabb.




Especially to all UTM students. all the best.





Friday, 31 May 2013

pekse, exam. FINAL EXAM



Ada sorang silent reader tu tanya " kenapa dah lama tak update blog?" sebenarnya ada je. tapi, mostly jadi draft. hahaha
tak tau lah kenapa.
okay. disebabkan awak awak tu dah tanya kenapa kan, nah. Entry ni awak boleh tatap puas puas . hokehh?

:: now playing: lightless-Beast::

hoi.! aku layan jugak lah k-pop ni. tapi, takde lah fanatik sangat. tak tergolong dalam kipas-susah-mati tu..

back to the topics, currently, aku tengah berhempas pulas untuk final. tengah sibuk nak final exam pon, gedik lagi lah nak updat blog yang tak semegah ni.. tulis blog ni boleh lah hilang kan stress sikit. 0.007% je. okay lah tu kan? daripada tak da langsung.



Aku dah kata aku tengah study kan tadi??

Muka serupa budak tak cukup umur, padahal umur dah dekat 21. Blerghhhh..!

Mihmihmih...
okay, for those yg exam jugak mcm aku, mostly IPT students lah khonnnz.? Good luck n all the best untuk korang semua..








Tuesday, 7 May 2013

Day Out

i used to be an easy-going , talkative n outspoken person. But here in university, it seems like im totally changed. n i dont know why. maybe im not into the nature that im having right now.. but, these people really brighten my campus life :)





Nak kata 3 ekor monyet tak boleh sebab ada sekor Kuda kt situ




Le Dinner





yg kt belakang tu Saqinah Tukang Merapu






#YNWA.. Liverpool lah sangat =.=






Malek Noor wannabe 1






2nd Malek Noor wannabe



JDT vs Pahang







Ke Tanjung Piai ler kiteee








Otak-otak .





hasil kelas Art of Culinary.
























































im such a person who REALLY cant resist of Mekdonel.


Monday, 8 April 2013

Kuajaq






Memandangkan dah lama aku tak bukak Ask.fm , tiba- tiba dapat pula soalan yang tak berapa nak faham. Sakit betul hati ni melayan soalan tak semegah ni. Aku tak tau lah aku memang tak faham apa dia tanya or memang soalan dia tu tak memungkinkan aku boleh faham dengan jelas sejelas-jelasnya.
Awat kurang ajar? sebab dia ni mak ayah suruh pi belajaq, dia tak mau. lepas tu, dok hingaq tak pasai.





Yang ini soalan mula-mula dia tanya. korang faham apa dia tanya?







Dia emosi bagai nak maki hamun aku..HAMBEKKK!




Lepas tu, aku pon pergi lah mengugel translate kan soalan dia tu... Dan ini lah hasil nyaa.....



O.o??? APEKAHH????




So, persoalannya di sini dia tanya ape sebenarnya? For any of you especially the one who asked me the question, pls explain to me . I'm so sorry i can't understand ur question.




Wednesday, 3 April 2013

Silence












i know that u wont be there when i need someone to talk to. i know that u wont be the one for everything. but at least, let me be the one that you can talk to if u need . i'll be there for you. not as a lover. but just a friend. i wont ask more than that bcz that is more than enough for me.



you are something for me but i dont know what is that thing. you are the one that respect me as who i am. as a woman. as a girl. as a muslim. thank you for that. 
i'm sorry for my behavior. I'm sorry for keep on silence. I'm sorry for created a distance between us. I didn't meant to. I'm so sorry.



I miss u so much. I know we got a lot of thing to share about but when we are together, we speak nothing. We both lost our words. We keep on silent. The silence we share show that we still in love. How complicated we are, isn't?












Monday, 25 March 2013

Random #2





I've never missed a person as much as i miss you. Even though  u're no longer with me, my heart still with you.































I don't have the answer because i'm still waiting for you.



Friday, 22 March 2013

Istidraj. ape tu?



Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang perangai entah apa-apa berjaya, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar.
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“Yang menyekutukan-Ku, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi Hamba-Ku yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin TIDAK..

Anda TENANG sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan muhasabah diri

Tuesday, 19 March 2013

Random #1

assalamualaikum.

im gonna post something that really random.
who cares? lantak aku lah nak post apa pon. kan?


*melts right away*
see? so manis.. Bisa diabetes kottt... waduhh...
Bila nak reunion? bila nak hang out tugede gede..?
Kau di utara, aku di selatan...di Kelumpo bertemu jua..

Friday, 8 March 2013

Kawankapal

assalamualaikum.

 [ MOOD POYO ACTIVATED ]






 aku rindu kawan korang smua. rindu sangat.aku tak rasa apa yang aku rasa masa aku bersama korang sewaktu di Kolej Matrikulasi Pahang. Kenapa aku tak boleh rasa macam tu lagi? (oi mangkuk. dah besar kan? dah masuk uni kan? belajar je lah elok-elok. nanti ada masa, kita jumpa. haruk lagi sama sama)
See what i mean? Hanya kita faham baik buruk kita. Hanya kita  tau apa kita buat.Hanya kita.

Gaduh macam mana pun, tetap berbaik semula.
Mengumpat berbakul- bakul pon, tetap setia bersama. Ini bukan hipokrit, tapi sebab masing-masing dah faham perangai masing-masing dan menerima seadanya.

Ayu: kuat makan, tak kira even takda duit pon tetap nak makan. Banyak masalah dia tolak tepi untuk menggila. kadang- kadang grumpy jugak.
A'an: Digelar perempuan gila tak tau sebab apa. suka sendawa dalam dewan kuliah dengan amaa.
Amaa: Buah hati Ammar yang pada mula nya kitorang agak refuse mereka bercinta. Jodoh barangkali. Kami doakan yang terbaik buat mereka. Partner a'an sendawa dlm dewan kuliah. Pembekal 'hiburan' kepada kami. Jasa tab kau akan kitorang kenang sampai bila- bila.
Atin: Minah lenggang. hihihi. Suka tidor. mana-mana pergi pon dia boleh ngantuk. tu lah atin.
Cheq: Suara dia nyaring sgt. pe'el mcm mak-mak.
Farah: 'Siti NurHaliza' modul 2 kuliah 2. hahaha..Dia lah pelopor game "Fruit Ninja" dlm lecture. habis semua pinjam phone dia sebab nak main game tu. berlaku juga pada amaa selepas dia beli tab.
ira/zeeyra esa: dulu brutal. skrg dah tak sebrutal dulu.

Nampak tak kitorang very into each other? Macamana lah aku tak rindu korang? Sumpah korang 1 dalam dunia. takda sape boleh ganti.






Roomate kesayangan <3




Roomate setia 2 tahun. Aku sayang kau. Thanks for the memories we shared. Bila kau nak jemput aku datang Raub?




"Our friendship started about 2 years ago,where the days have gone i don't know, but when i think of all we've done, I stop and smile because we had so much fun. I hope u know how much i care.It's friend like u  who create a pair.
 I wish we were closer to share our happiness again. But near or far, I wouldn't miss all the things we have to share. because we are always together. I know it its harder being miles away, but always remember our friendship is a treasure well beyond any measure."








Friday, 22 February 2013

Hormat

Dedicated to : Budak Sekolah

assalamualaikum.

*poyo gila minah ni nak bg salam bagai. biaq pi  lahh.. blog aku,bukan blog ang, rasa punggoq ang sakit ,klik butang pangkah tu haa*

ye. memang ada yg kata macam tu. bagi salam pon salah. tak bagi salam, dia pulak dok mintak mintak.
Ok. (tarik napaassss... kentuttttsssss)

Budaya bagi salam ni aku belajar masa kat sekolah lah harus nya kan.. Biasanya kalau jumpa cikgu tu, kepala kasi tunduk sikit, lepas tu ucap 'assalamualaikum' kat cikgu tu.. Tapi, bila aku masuk asrama lain pulak jadinya. Sebab golongan atasan (senior) pon nak jugak dpt layanan seperti tu.

"Akak nak lepas ni korang semua kalau jumpa senior tu bagi lah salam jugak. bukan dengan cikgu je. kitorang pon korang kne hormat jugak."

*Dialog biasa kalau ada roll-call kat surau asrama aku tu haa = ------- =.
kekandang kekadang aku pon terfikir, perlu ke aku nak buat mcm tu? sebab, nak hormat org yg lebih tua dari kita,tak semestinya kita bagi salam pd dia. kan?

masa sekolah dulu aku ni tersangat lah low profile nye. tak ramai pon yg kenal. dan aku juga bukan tergolong dalam golongan 'barang panas' ( hot stuff. alaa. student yg famous amos tuuu). so, ape yg aku ckp ni mostly akan di-ignore-kan begitu saja. Lantak lah pon.

sampai lah aku tingkatan 5, aku sgt tak kisah pon dgn budaya bagi salam ni. Sebab aku tak suka nak paksa org buat benda bukan atas dasar kerelaan diorang (hamboiii ayat. tak menahan.)..


========================================================================

Cerita kat atas tu sebenarnya nak cakap pasal HORMAT. Budaya bagi salam kat sekolah tu di kira jugaklah salah satu cara nak hormat orang lain. Habis tu kalau yang non- muslim pon nak bagi salam kat kau jugak? Jangan buat pasal.

Banyak lagi cara nak hormat orang ni. Bukan dengan bagi salam je. Iklan kat tv tu belambak lah cerita pasal  nilai-nilai murni ni. Sama ada korang nampak ataupun tak, aku pon tak tau.


# Motif post entry mcm ni sebab kat twitter td ade budak sekolah (formerly is my junior in high school) meroyan sebb dia senior takde junior nak bagi salam kat dia Ptffffff!

Wednesday, 20 February 2013

Baucar Buku 1Malaysia

assalamualaikum..
haaa. Kenapa BB1M? Sebab nya aku baru dapat bb1m ni siang  tadi.So, nak mempoyokan diri aku dengan memperkasakan blog yang tak se'GAH' mana ni . okeyy? okayy?..
LET's GO bayybeh!

Hati ni nak sgt cerita pasal apa yg jadi dlm Dewan Sultan Iskandar aka DSI tu siang td. TOO many politics. Bila dah huruf besar tu, haa.paham2 kan je lah ye. Tak boleh nak ulas lebih2 ni. nanti kena saman pulak. Hiks!

Tetttt!
Macam2 boleh buat dengan baucar ni. Beli alat tulis tu dah semestinya lah kan. Contoh mcm abg aku, dapat bb1m ni tahun lepas, dia beli pen sekotak. berbaloi-baloi katanya. tak payah beli lagi dah lepas ni. lepas 2 bulan,tak nampak langsung bayang pen yang setambun tu.. hahahahahah!

Korang boleh beli buku rujukan yang harganya puluhan ringgit (lagilah student macam aku ni. buku kalau tak more than rm50,tu bukan buku namanya) . So, dengan adanya bb1m ni, moga-moga dapat meringankan beban pelajar macam kita ni untuk beli buku yang mahal tu.

The best part of this bb1m is bila kita guna bb1m ni ,boleh dapat freebies woi!!!!!
  • Borders discount vouchers
  • RadioShack Batteries
  • Chatime Beverage
  • BCard + Voucher booklet
  • Starbucks beverage
  • Krispy Kreme Doughnuts
  • Popular bookstore
 
 
 
 
 
 
 
Terbaik dari ladang.!

 
 
Omai Omai!!
Bardarah tak hidung?(tipu). so, manfaatkan baucar korang tu sebaiknye. jangan menyesal dikemudian hari. pergghhh! pesanan penaja woii..

sumber:
http://freebiesland.com.my/2013/01/borders-spend-bb1m-voucher-and-get-gifts-from-starbucks-chatime-and-others.html

Friday, 8 February 2013

Muffin Coklat Kembang Semangkok

Memandangkan cuti semester yang tinggal ciput je ni, aku decide nak test skill masak aku kat rumah ni haa.. nak masak benda lain , benda lain yang aku jumpa.

Geledah punya geledah, jumpa lah barang-barang ni haa. Ape lagi, MARILAH!

 Bahan-bahan yang diperlukan :
  1. 120ml minyak masak
  2. 3 biji telur ayam
  3. cip coklat (ikot suka la nak letak berapa banyak)
  4. muffin mix (sebb malas nak sukat tepung)
  5. 100ml air




Hasil proses menggeledah dapur


*Barang brand Tesco sebab Tesco tu sebelah rumah.

Cara nak masak:
  • Pukul telur sampai kembang mambang gebu gebas. Pakai mesin mixture tu senang. Aku takde mesin tu,so pakai lah whisker tu haa.
  • Masukkan muffin mix cap Tesco tu , kacau sampai sebati. Masukkan juga air.Kalau idak, alamat nye keras laksana batu bata lah muffin anda anda semua.

 




  •  Lepas tu, masukkan minyak masak. Gaul lagi. Memang lenguh ya amat lah time ni. untung sape pakai mesin tu.



 



  • Lepas tu, anda anda semua, masuk kan lah bater tu ke dalam cawan cawan kertas yg comel.jangan pakai cawan kaca pulak.
  • Tabur coklat cip kat atas nya. Nak gaul sekali dlm mix tu pon boleh.
  • Bakar dalam ketuhar selama 20minit pada suhu 200'C



 



 Dan hasil nyaaaa.........



Tadaaaaaaa....!!!!


Selamat Mencuba :)