Monday, 25 March 2013

Random #2





I've never missed a person as much as i miss you. Even though  u're no longer with me, my heart still with you.































I don't have the answer because i'm still waiting for you.



Friday, 22 March 2013

Istidraj. ape tu?



Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang perangai entah apa-apa berjaya, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar.
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“Yang menyekutukan-Ku, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi Hamba-Ku yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin TIDAK..

Anda TENANG sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan muhasabah diri

Tuesday, 19 March 2013

Random #1

assalamualaikum.

im gonna post something that really random.
who cares? lantak aku lah nak post apa pon. kan?


*melts right away*
see? so manis.. Bisa diabetes kottt... waduhh...
Bila nak reunion? bila nak hang out tugede gede..?
Kau di utara, aku di selatan...di Kelumpo bertemu jua..

Friday, 8 March 2013

Kawankapal

assalamualaikum.

 [ MOOD POYO ACTIVATED ]






 aku rindu kawan korang smua. rindu sangat.aku tak rasa apa yang aku rasa masa aku bersama korang sewaktu di Kolej Matrikulasi Pahang. Kenapa aku tak boleh rasa macam tu lagi? (oi mangkuk. dah besar kan? dah masuk uni kan? belajar je lah elok-elok. nanti ada masa, kita jumpa. haruk lagi sama sama)
See what i mean? Hanya kita faham baik buruk kita. Hanya kita  tau apa kita buat.Hanya kita.

Gaduh macam mana pun, tetap berbaik semula.
Mengumpat berbakul- bakul pon, tetap setia bersama. Ini bukan hipokrit, tapi sebab masing-masing dah faham perangai masing-masing dan menerima seadanya.

Ayu: kuat makan, tak kira even takda duit pon tetap nak makan. Banyak masalah dia tolak tepi untuk menggila. kadang- kadang grumpy jugak.
A'an: Digelar perempuan gila tak tau sebab apa. suka sendawa dalam dewan kuliah dengan amaa.
Amaa: Buah hati Ammar yang pada mula nya kitorang agak refuse mereka bercinta. Jodoh barangkali. Kami doakan yang terbaik buat mereka. Partner a'an sendawa dlm dewan kuliah. Pembekal 'hiburan' kepada kami. Jasa tab kau akan kitorang kenang sampai bila- bila.
Atin: Minah lenggang. hihihi. Suka tidor. mana-mana pergi pon dia boleh ngantuk. tu lah atin.
Cheq: Suara dia nyaring sgt. pe'el mcm mak-mak.
Farah: 'Siti NurHaliza' modul 2 kuliah 2. hahaha..Dia lah pelopor game "Fruit Ninja" dlm lecture. habis semua pinjam phone dia sebab nak main game tu. berlaku juga pada amaa selepas dia beli tab.
ira/zeeyra esa: dulu brutal. skrg dah tak sebrutal dulu.

Nampak tak kitorang very into each other? Macamana lah aku tak rindu korang? Sumpah korang 1 dalam dunia. takda sape boleh ganti.






Roomate kesayangan <3




Roomate setia 2 tahun. Aku sayang kau. Thanks for the memories we shared. Bila kau nak jemput aku datang Raub?




"Our friendship started about 2 years ago,where the days have gone i don't know, but when i think of all we've done, I stop and smile because we had so much fun. I hope u know how much i care.It's friend like u  who create a pair.
 I wish we were closer to share our happiness again. But near or far, I wouldn't miss all the things we have to share. because we are always together. I know it its harder being miles away, but always remember our friendship is a treasure well beyond any measure."